Monday, January 15, 2007

...Kenangan Detox

...antara kenangan yg paling mengerikan aku.
sampai bila2 xkan lupa.
kalau time tu Dd kena masuk lokap sebab Dd ngaku pernah isap ganj,
aku alami benda yg lebih kurang gak.

bila aku balik umah lepas lari dari Maahad,
aku dikurung beberapa hari.
aku rasa PG & OTB nak tunggu keputusan urine test Dd.
tapi bila Dd dilepaskan tanpa syarat & buang kes,
dorang saspek aku pun sama gak pernah isap ganj kot.
apa2hal aku kena lalui beberapa test fizikal, nak check Dd ada fuck aku ke tidak..
nampak sangat yg dorang gila2 nak cari sebab.
tak puas hati...
tak cayer yg aku & Dd love each other sebab LOVE...
tak cayer yg dakcik leh sangkut dgn Dd semata2 sebab LOVE.
aku tau lah PG & OTB tak love dulu sebelum kawin...
mak Dd yg jodohkan dorang.
OTB adik mak Dd, PG anak jiran parents Dd masa kat JB.
jadi mungkin bagi dorang, LOVE tak ujud.
jadi dorang tak leh percaya LOVE antara aku & Dd.
apa2hal doktor dgn bangganya check jubo aku, siap masuk jari lagi!
siap amik gambar jubo aku!!
lebih kurang macam Anis (kes Anwar) & Jason (kes MJ) pernah kena dulu la...
hasilnya?
secara rasminya Kementerian Kesihatan mengisytiharkan yg jubo aku diiktiraf sebagai jubo VIRGIN.
amek ko!
seperti biasa, PG hilang modal nak ngenakan Dd, again!

semestinya PG tak puas hati!!!
akibatnya?
cukup drastik!
sesuatu yg aku rasa aku/Dd/ibubapa yg waras, tak akan buat pada anak sendiri...
hantar aku gi tengah hutan... tempat jin buat funfair...
aku tak tau plan dorang.

yg aku tau aku disuruh siap mandi dorang nak bawak gi mana tah.
pakaian aku PG yg pack.
yg aku tau kena naik kereta...
Anjin & PG gilir2 drive, Papput2 A&R dok belakang, kiri kanan aku macam bodyguard.
aku nak kontek Dd pun tak leh. tenguk publicfon geram je...
yg aku tau berjam2 gak lah kitorang travel...
tau2 dah sampai Tganu!
aku terus ingat yg dorang nak bawak gi Chalet tepi laut!
dalam kul 1 pagi gitu, dorang start slow cari tempat...
Sungai Ikan...
masuk ke area yg macam Chalet, tapi pelik sikit.
sebab kat belah belakang 2-3blok umah, ada macam asrama la pulak kat atas bukit tu!
ah sudah!!!
takkan laa...

aku disuruh lepak kat ofis, yg lain gi lepak kat rumah tetamu.
tiba2 dorang bagi bekas suruh kencing!
aaarrrgghhh!!!
aku kat Serenti ke ni???
tak perasan lak papantanda Serenti tadi..
dalam 10minit lepas tu, dorang bawak aku ke satu blok bangunan.

dari luar tak nampak dalam,
bila tiba dekat baru nampak ada grill.
masuk, pintu besi ditutup...
satu koridor, depannya ada satu lagi pintu besi grill lagi...
adoii!
aku kat lokap ke ni? jel? aku makin berdebar...
beg aku ditinggal kat macam ruang tamu sebelum aku gi ke lokapnya!
aaaaaaaaarrrrrggghhhh!
perasaan takut & tensyen gilababi tiba2 menyerang!
aku kena masuk sel yg ada 7-8org dewasa...
& ada sorang dakcik kiut 14-15thn...
oh tidak!
aku dah bayang jubo aku & dakcik tu kena orgy dgn adults kat dalam sel tu!

aku dah panik campur cuak tapi aku maintain cool...
dakcik tu cool je... mungkin benda tak seteruk yg aku sangka.
kat dinding sel ada satu lubang kecik yg boleh tgk keluar...
ada pangkin kayu tempat semua orang tido...
ada kolah tempat mandi & bilik air kalau nak melabo.
bila ada pegawai yg datang, aku cakap aku nak jumpa PG, tapi dia kata tak boleh.
adoooiiii!
PG tak cakap apa2 pun kat aku...
or memang dia taknak cakap dgn aku apa2...
wajah Dd bermain kat kepala aku...
kalaulah Dd ada..
kalaulah Dd tau..
aku gila tensyen!!!!
mujo dalam tu leh hisap rokok!

jadi aku termenung je lah tenguk keluar ikut lubang kecik tu...
mustahil untuk aku lari kali ni...
tak mungkin Dd dapat selamatkan aku dari tempat ni...
aku macam dah tiba jalan buntu.
lepas tu aku nampak kereta PG bergerak ke arah pintu pagar...
berhenti kat pondok jaga, pastu pergi gitu je.
aku macam tak caya...
PG leh tinggalkan aku camtu je???
dia takde telor untuk bersemuka dgn aku???
memang pun dia takde telor... tapi tak boleh ke pesan kat Anjin/Papput?
cakaplah apa2 pun... janji cakpalah sikit...
ni tak... dorang blah macam tu je!!!
apa jenis mak PG ni???
...tak ke gila namanya tu?

agaknya dorang lega kut tinggal aku kat situ...
aku terduduk bila cahaya lampu belakang kereta PG aku dah tak nampak...
aku sedih gila...
aku baring...
aku tutup mata dgn lengan, cuba tidur...
semestinya airmata aku meleleh...
kalau lah ada Dd...
malam pertama kat situ, aku lena dalam menangis.

esoknya aku bangun, lega jubo aku tak terusik.
aku dah berkenalan dgn dakcik 14tahun tu..
Syakirin.
kiut!!!

aku jugak dapat tau yg aku kat tempat pemulihan dadah,
tapi yg jenis sukarela... suka&rela bayar 500 sebulan!
aku gak tau yg aku akan ditempat yg macam penjara tu...
dipanggil Bilik Detoksifikasi (sama macam kata Serenti)...
selama 2minggu...
untuk sucikan badan...
dalam 2minggu, semua dadah akan habis keluar dari sistem badan kita...
yg lain tu cepat sikit hilang dari urine, tapi ganj yg paling lama nak hilang - 2minggu, jadi kat sel tu dah tentu siapa yg masuk akan clean dalam masa 2 minggu.
kalau kat Serenti, minima 2 bulan dlm Detox, kira sini OK gak la...

aku diberi taklimat ringkas Pengetua nya... sorang PakAji.
kiranya tempat tu selalunya untuk orang yg dah insaf...
& dalam kes aku & Syakirin... family dah give up.
yg pentingnya... aku tanya PakAji tu...
ada tak kes orang kacau dakcik masa tengah malam?
PakAji kata takde & siap pesan kalau ada, terus bagitau dia direct!
aku lega gila... & mesti Dd pun lega gak bila tau nanti.

maka selepas 2 minggu, aku keluar Detox & mula tinggal kat asrama.
jadual harian lengkap.
banyak diisi dgn ceramah, kelas agama, & benda berunsur keagamaan.
Dd sentiasa dgn aku dlm mimpi...
kat situ takde siapa yg gay & kebanyakannya dewasa 22 keatas.
& semua alim2!
aku rasa aku sorang yg kat situ tanpa rela kot...
yg lain betul2 sungguh2 macam nak renti nagih...
yg peliknya... aku yg takrela ni bukan Penagih pun!
mungkin sebab tu sampai ke sudah, aku taktau apa result urine test aku dulu tu!
entah2 negatif, PG dah malu besar, tapi sebab dah sampai Tganu - masukkan aku gak!

yg paling aku rapat kat situ, sorang Uncle ni... 42tahun... tapi kepala gila2.
dia staf yg jaga blok Penagih yg Mental... selalu jumpa time makan & lepak isap rokok.
dia suka aku, tapi langsung takde unsur2 ke'gay'an pun.
siap plan nak balik kampung kat Kemaman, & nak bawak kereta, lepas tu nak bagi aku escape balik KL!
entah la boleh caya ke..
tapi yg pasti, dia memang kepala gila!
mujo takde apa jadi.
mungkin mujo jugak aku tak ikut... silap2 dia jual aku kat Siam!

pendek cerita,
pejam-celik 6bulan aku kat situ!
OTB & PG ada datang melawat sekali.
tiap2 bulan dorang cuma masuk duit je...
500 + duit rokok aku.
rokok leh beli kat koperasi.
bila aku tensyen dorang tak datang lawat, aku amek rokok kat situ hutang... pakai buku...
cukup bulan dorang bilkan kat PG! gegegegege... padan!

jadi gitulah pengalaman aku kat situ.
mungkin ada yg kata tak teruk mana pun...
tapi kalau ko bukan penagih, aku rasa leh buat ko jadi mental la jugak!
& masa dalam sel Detox, ko dianggap macam penagih & kena lalui apa yg penagih lalui
... kebosanan & ketegangan.
yg pasti, aku tekad taknak lalui pengalaman kat Detox lagi dah lepas ni...
sebab Detox selepas ni ditahap Serenti!
tempat yg pantang jejak & aku kena pastikan terus gitu
walaupun Bila Aku Dewasa...

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home